Sambutan Black Clover

Manga

Jualan

Jilid 1 mencapai tempat ke-23 di dalam carta manga mingguan Oricon, dengan 38,128 buah salinan terjual;[53] jilid 2 mencapai tempat ke-17, dengan 61,918 buah salinan;[54] jilid 3 juga mencapai tempat ke-17, dengan 80,462 salinan;[55][56] jilid 4 mencapai tempat ke-13, dengan 93,866 buah salinan;[57][58] jilid 5 mencapai tempat ke-15, dengan 108,503 buah salinan;[59][60] dan jilid 6 mencapai tempat ke-11, dengan 118,783 buah salinan.[61][62] Setakat Januari 2019, manga ini mempunyai 7 juta buah salinan dalam peredaran,[63] 9 juta buah salinan dalam peredaran setakat Oktober 2019,[64] lebih 10 juta buah salinan dalam peredaran setakat Ogos 2020,[65] dan lebih 11 juta buah salinan dalam peredaran setakat November 2020.[66]

Penerimaan kritikal

Mengulas siri ini untuk ComicsAlliance, Tom Speelman menggambarkan premis tersebut sebagai "bagaimana jika Harry Potter merupakan seorang kesatria dan juga agak bodoh?" Beliau mengesyorkannya kepada peminat Naruto dan Fairy Tail, memperhatikan persamaannya dengan siri-siri sebelumnya dan juga Bleach. Beliau memuji kebolehan penulis menyegarkan watak saham atau dalam erti kata lain, mempelbagaikan ciri-ciri dan sikap setiap watak.[6] Henry Ma dari Ka Leo O Hawaii memuji seni dan humor siri tersebut, mengatakan bahawa ia "sangat bagus" dan agak serupa dengan Fairy Tail.[67] Namun, tidak semua pengkritik bersikap positif, dengan lembaga penulis-penulis buku komik di San Diego Comic-Con menyenaraikan manga ini sebagai salah satu yang paling teruk dari tahun 2016.[68]

Anime

Pada November 2019, Crunchyroll menyenaraikan Black Clover di dalam "100 anime terbaik untuk dekad 2010s" mereka.[69] Pada Januari 2021, ia telah didedahkan bahawa Black Clover merupakan siri anime yang paling banyak ditonton di Crunchyroll pada tahun 2020, ditonton di 87 buah negara dan jajahan, termasuk Amerika Utara, Selatan dan Tengah, Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara, Afrika, Asia dan Oceania.[70][71]

Rujukan

WikiPedia: Black Clover http://www.adultswim.com/videos/black-clover/ http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2016-... http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2017-... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2016-07-2... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-10-31/sh... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-02-09/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-03-30/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-10-09/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-29/ju...